DAPATAN DAN CADANGAN
Terima kasih diucapkan kepada
PEJABAT DAERAH DAN TANAH LARUT, MATANG DAN SELAMA (PDTLMS) kerana telah memberi
saya peluang untuk menjalani Latihan Industri di sini dengan jayanya. Banyak
perkara, pengetahuan dan maklumat yang saya dapat di sini sepanjang Latihan
Industri ini berlangsung.
Bagi saya Latihan Industri ini
adalah salah satu langkah yang terbaik untuk para pelajar kerana ia akan
memberi impak yang berkesan apabila pelajar menempuh ke alam dunia pekerjaan
kelak. Latihan Industri ini patut diteruskan sahaja oleh pihak Politeknik
kerana dengan cara ini dapat menyiapkan diri pelajar untuk merasai pengalaman
sebagai seorang pekerja bawahan.
Pada
pemerhatian saya, masih ada kekurangan dan kelebihan yang saya dapat sepanjang
Latihan Industri ini dijalankan. Tujuan saya ini tidaklah
untuk mengguriskan hati mana-mana pihak tetapi adalah untuk menjayakan lagi program
Latihan Industri ini, ianya mungkin akan memberi kesan yang baik kepada
pelajar-pelajar praktikal yang akan datang.
Antara senarai saranan dan cadangan saya sepanjang Latihan
Industri dijalankan :
1. Pihak
Politeknik perlulah menghubungi pihak syarikat untuk mengetahui perkembangan
aktiviti pelajar-pelajar yang menjalani Latihan Industri. Dalam hal ini, dapat
memberikan kesan yang baik kepada syarikat untuk menerima pelajar Politeknik
menjalani Latihan Industri di syarikat tersebut pada masa akan datang. Mungkin
juga penyelia ingin menyampaikan beberapa perkara atau aduan kepada pihak
Politeknik sekiranya pelajar ada membuat masalah.
2. Pihak
syarikat seharusnya menempatkan pelajar praktikal kepada unit-unit atau
jabatan-jabatan yang berkaitan dengan jurusan yang diambil oleh pelajar
praktikal. Dengan cara ini, para pelajar dapat mengembangkan lagi ilmu yang
telah dipelajari dari Politeknik berdasarkan jurusan yang diceburi.
3. Pihak
syarikat perlu memberi tunjuk ajar kepada pelajar. Sebagai contoh, apabila pelajar
diperlukan untuk membina sistem yang tidak pernah dipelajari sebelum ini maka
perlu diajar atau dipantau oleh Unit Teknologi Maklumat kerana mencipta sistem
ini banyak memberi tekanan kepada para pelajar.
4. Staf-staf
di syarikat ini amat ramah dan mesra. Ianya dapat memberi tunjuk ajar apabila
pelajar bertanya. Hal ini, dapat mengeratkan hubungan antara staf-staf di
syarikat ini dengan pelajar-pelajar praktikal. Ianya juga dapat memupuk
semangat kerjasama antara staf dan para pelajar.
5. Pihak
syarikat perlu menyediakan meja lebih untuk staf kerana meja yang lebih itu
boleh diduduk oleh pelajar praktikal. Hal ini, pelajar praktikal tidak perlu
menumpang duduk di meja staf yang sedia ada. Kerana ia mungkin akan menyusahkan
atau mengganggu staf yang duduk di meja tersebut untuk melakukan kerja mereka
dan mungkin pelajar akan rasa bersalah kerana mengganggu mereka untuk melakukan
tugas mereka.
6. Pihak
Politeknik perlu memaklumkan lebih awal kepada pelajar sekiranya ada apa-apa
pertukaran peraturan yang baru supaya pelajar dapat membuat kerja dengan
sehabis baik. Sebagai contoh, laporan akhir ini diberi pilihan untuk membuat
jilid atau blog. Seperti dimaklumkan, sekiranya buat blog tidak perlu dicetak
untuk dihantar kepada pensyarah tetapi pelajar dimaklumkan minggu-minggu akhir
untuk mencetak sekiranya laporan akhir buat pada blog. Hal ini akan merumitkan
keadaan pelajar kerana mungkin pelajar mempunyai masalah dari segi kewangan di
penghujung semester yang hanya mampu untuk buat blog sebagai laporan akhir
latihan industri.
7. Pihak
syarikat perlu menyediakan jadual tugas kepada para pelajar supaya para pelajar
dapat menjalankan aktiviti yang telah dirancang mengikut pada jadual yang telah
disediakan. Hal ini, para pelajar tidak akan rasa terasing dengan staf-staf
lain dan tidak akan membuang masa begitu sahaja sekiranya pelajar mempunyai
banyak masa yang terluang.
0 comments:
Catat Ulasan