PENGHARGAAN


            Segala pujian bagi Allah S.W.T yang maha pengasih lagi maha penyayang. Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan taufik dan hidayahNya, Laporan Akhir Latihan Industri ini dapat disempurnakan dengan keizinanNya. Seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Politeknik, saya telah sempurnakan program Latihan Industri ini dalam tempoh yang telah ditetapkan iaitu sepanjang satu semester (5 bulan) bermula 30 November 2015 sehingga 15 April 2016 bagi sesi Disember 2015.

Saya Hariz Dzulhafiz Bin Abdul Manap (21DIP14F1036) dari Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang yang mengikuti kursus Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) telah menyelesaikan program Latihan Industri di Pejabat Daerah dan Tanah, Larut, Matang dan Selama (PDTLMS) Taiping, Perak dengan jayanya. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang telah saya perolehi dalam tempoh 1 semester (20 minggu) berada di Pejabat Daerah dan Tanah, Larut, Matang dan Selama (PDTLMS) ini.

Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Pejabat Daerah dan Tanah, Larut, Matang dan Selama (PDTLMS) terutama kepada Puan Nazlin Hanum Binti Ahmad Khalil selaku Pegawai Daerah kerana sudi menerima saya untuk menjalani program Latihan Industri di sini. Terima kasih diucapkan kepada kakitangan di Unit Hasil terutama Puan Salwa Haslinda Binti Che Rose selaku  Penolong Pegawai Daerah (Tanah) dan Encik Zaini Bin Zainol Abidin selaku Penolong Akauntan (Tanah) serta staf-staf di sini yang sudah menganggap saya sebagai rakan sekerja dan banyak membantu saya dalam mejayakan program Latihan Industri ini. Segala ilmu yang saya perolehi di sini tidak akan saya sia-siakan walaupun di luar bidang saya kerana mungkin di luar sana pelbagai bidang yang boleh saya ceburi.

Juga diucapkan jutaan terima kasih kepada Unit Perhubungan Latihan Industri (UPLI), Politeknik Balik Pulau iaitu Puan Nur Fairuz Afni Binti Ahmad Faizal dan Puan Nur Syuhada Binti Mohamad Rodzi yang banyak memberi tunjuk ajar dan pengetahuan yang berguna sepanjang saya menjalankan program Latihan Industri di Pejabat Daerah dan Tanah Larut, Matang dan Selama (PDTLMS). Akhir kata, jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak secara langsung dalam penghasilan laporan saya ini.

SEKIAN, TERIMA KASIH.
           
 



DEDIKASI


“Untuk ayah dan bonda yang tercinta seisi keluarga yang disayangi, warga Pejabat Daerah dan Tanah Larut, Matang dan Selama (PDTLMS) serta semua rakan-rakan seperjuangan Politeknik Balik Pulau, juga saudara-mara terdekat yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan sepenuhnya ketika menjalani Latihan Industri ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pensyarah Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi kerana banyak memberi tunjuk ajar dan segala imu dari segi teori dan praktikal sebelum saya menjalankan Latihan Industri ini.”



PERAKUAN PELAJAR

“Saya akui Laporan Akhir Latihan Industri ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan.”

Tandatangan          : ………………………………...
Nama Pelajar         : HARIZ DZULHAFIZ BIN ABDUL MANAP
No. Pendaftaran    : 21DIP14F1036

Tarikh                     : ……………….

0 comments:

Catat Ulasan