KESIMPULAN
Setelah
menjalani Latihan Industri selama satu semester (lima bulan) ini, banyak yang
dapat saya pelajari dari segala aspek berkaitan dengan kerjaya terutama cara
berkomunikasi dengan pihak atasan dan pihak yang berkaitan. Juga banyak
pengalaman, pengetahuan dan pendedahan yang berguna dapat saya perolehi.
Melalui program latihan industri ini, saya telah didedahkan kepada bentuk alam
pekerjaan yang sebenar. Oleh yang demikian, ia secara tidak langsung telah
mendisiplinkan saya sebagai seorang pekerja dan mendedahkan saya kepada
struktur organisasi jabatan atau firma.
Secara
amnya Latihan Industri patut diteruskan kerana ia berfungsi memberikan manfaat
serta faedah kepada pelatih dari segi ilmiah pengalaman sebelum menjejakkan
kaki ke alam pekerjaan yang sebenar. Dalam hal ini, pelatih akan dapat melihat
gambaran yang jelas serta keadaan dunia pekerjaan sebenar disamping berusaha
menyesuaikan diri dengan tugas-tugas yang diberikan kepadanya.
Sepanjang menjalani latihan industri, banyak perkara yang telah berubah
antaranya daripada sudut persekitaran, pembelajaran, dan pergaulan sesama rakan
sekerja. Ianya secara langsung dapat mempertingkatkan sikap toleransi terhadap
diri saya sendiri.
Walaubagaimanapun, beberapa kelemahan masih wujud dalam diri yang boleh
diperbaiki pada masa hadapan. Maka, dapatlah disimpulkan bahawa program latihan
industri ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada pelatih walaupun terdapat
kelemahan kecil yang boleh mencacatkan keadaan, tetapi dapat ditangani dan
dipelajari untuk kegunaan masa hadapan.
Kesimpulan yang saya dapat ketika menjalani latihan industri ini ialah saya
dapat mempergunakan segala ilmu yang saya pelajari daripada Politeknik untuk
didedahkan ke alam pekerjaan terutamanya dalam bidang perkomputeran ini. Saya
juga dapat melihat dan merasai sendiri suasana sebenar dunia pekerjaan serta
berhadapan dengan pahit manis sepanjang latihan industri dijalankan.
Di
sini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak PEJABAT DAERAH DAN TANAH LARUT, MATANG DAN SELAMA (PDTLMS) serta Unit Latihan Industri Politeknik Balik
Pulau, Pulau Pinang atas segala bantuan yang telah diberikan kepada saya
sepanjang latihan industri ini dijalankan. Dan saya juga ingin memohon maaf
sekiranya ada kesilapan yang terkandung dalam laporan ini. Dengan menjalani
latihan ini, diharap segala pengalaman dan ilmu dapat digunakan apabila
menceburi bidang kerjaya.
0 comments:
Catat Ulasan